Pages

Subscribe:

Sistem eScout v2


Salam 1 Malaysia 1 Pengakap.

Saya mulakan dengan masalah menguruskan Kumpulan Pengakap saya. Saya merupakan Pemimpin Unit Pengakap Kanak-Kanak. Baru hampir 11 tahun saya mengendalikan aktiviti kepengakapan di sekolah saya. Saya masih baru dengan Pengakap dan terasa malu jika ingin berbicara berkaitan ilmu kepengakapan, maklumlah saya ini masih belajar dan masih banyak perkara yang perlukan tunjuk ajar dari 'sifu-sifu' Pengakap.

Dalam tempoh ini, saya dapat rumuskan masalah berikut   :
  • Masalah mengumpulkan maklumat pelajar untuk tujuan pendaftaran pengakap tahunan.
  • Masalah menentukan sekawan / patrol dan mendapatkan senarai lengkap pengkelasan sekawan / patrol yang telah disusun atur.
  • Masalah mengeluarkan / mendapatkan Sijil Pengiktirafan Lulus Lencana Keris daripada Kuasa Penganjur atau Pihak PPM Daerah / Negeri.
  • Masalah mendapatkan enrolmen lengkap ahli pengakap di sekolah saya untuk dilaporkan kepada Unit Kokurikulum.
  • Masalah merekodkan pencapaian dan tarikh lulus setiap ahli Pengakap di sekolah saya.
  • Masalah Kad Keahlian Pengakap yang lewat / 'tidak sampai-sampai' walaupun pendaftaran Pengakap telah dibuat lebih dari 3 bulan.
So, pada tahun ini saya telah membangunkan sebuah Sistem Pengurusan Rekod Pengakap atau lebih mudah dikenali dengan singkatan eScout v2.0. Ia lebih bersifat membantu sekolah khususnya Unit Pengakap di sekolah-sekolah bagi menguruskan rekod prestasi setiap ahli Pengakap dengan lebih efisien dan sistematik.

Sistem ini amat mudah, mesra pengguna dan akan sentiasa di tingkat upaya oleh admin berdasarkan komen yang diemailkan. Sistem ini boleh saya katakan menyelesaikan hampir semua masalah saya di atas. Sistem dah ada, hanya bergantung kepada diri dan sikap pemimpin itu sendiri sama ada mahu atau tidak, rajin atau malas untuk menjalankan aktiviti kepengakapan dan merekodkan data prestasi ahli.

Saya telah memberikan sedikit hint pada pihak ibu pejabat berkaitan dengan kemampuan dan hasilan cetakan dan laporan dari sistem ini, syukur semuanya menepati kehendak mereka. Semua cetakan yang dihasilkan adalah selaras dan bertepatan dengan format Ibu Pejabat PPM dan PPM Negeri / Daerah. Meskipun demikian, mungkin ada beberapa elemen yang terlepas pandang. So berilah komen anda dan anda akan diberikan ganti sistem yang baru (Patch system).

Jika ingin kupasan lanjut berkaitan kemampuan sistem ini, silalah klik senarai pautan yang telah disediakan. Ini adalah sistem pertama seumpamanya. Cuba dulu baru tahu.

Seperkara lagi, bagi individu atau pemimpin sekolah yang berpendapat sistem ini tidak berbaloi dan mahal, saya nak bagi sedikit tips ... Tahukah anda, sebenarnya dengan menggunakan sistem eScout ni anda boleh menjana pulangan keuntungan untuk kumpulan Pengakap sekolah anda atau anda ? Kenapa ... Tak Percaya ? ... macam ni, sedia maklum bahawa sistem ini boleh mencetak Tanda Nama Ahli dan pelbagai jenis sijil anugerah lencana. So Tanda Nama yang siap dilaminte bolehlah dikenakan kos kepada Ahli Pengakap anda. Begitu juga dengan Sijil Anugerah Lencana yang dikeluarkan, dengan menggunakan kertas sijil yang dibeli dikedai buku, maybe kos 0.90 sekeping (kalau beli sikit), kalau beli banyak, lagi murah right ? ... so charge la pada Ahli Pengakap anda dengan harga yang berpatutan. Kekadang Ahli Pengakap kita ni kerap terhilang sijil, so setiap cetakan semula, anda bolehlah kenakan charge, tapi sendiri mau ingat, biarlah munasabah, berpatutan dan yang penting sekali, jangan melampau, tengok latar belakang ahli gak, agak-agak la nak buat duit pun ...

Konklusinya, siapa yang beli sistem ini, insya Allah tak rugi sebaliknya balik modal dan menguntungkan. Yang paling penting ini secara tidak langsung akan mencetuskan revolusi pengaktifan pergerakan Pengakap di semua sekolah, betul tak ? cuba-cuba renungkan ... Untung dari banyak segi. Untung senang nak urus unit, untung cetak sijil dan macam-macam lagi la kot. 

Buat Habis Baik.
Sekali Berpengakap, selamanya berpengakap.