Pages

Subscribe:
Showing posts with label eScout. Show all posts
Showing posts with label eScout. Show all posts

Sistem eScout v2


Salam 1 Malaysia 1 Pengakap.

Saya mulakan dengan masalah menguruskan Kumpulan Pengakap saya. Saya merupakan Pemimpin Unit Pengakap Kanak-Kanak. Baru hampir 11 tahun saya mengendalikan aktiviti kepengakapan di sekolah saya. Saya masih baru dengan Pengakap dan terasa malu jika ingin berbicara berkaitan ilmu kepengakapan, maklumlah saya ini masih belajar dan masih banyak perkara yang perlukan tunjuk ajar dari 'sifu-sifu' Pengakap.

Dalam tempoh ini, saya dapat rumuskan masalah berikut   :
  • Masalah mengumpulkan maklumat pelajar untuk tujuan pendaftaran pengakap tahunan.
  • Masalah menentukan sekawan / patrol dan mendapatkan senarai lengkap pengkelasan sekawan / patrol yang telah disusun atur.
  • Masalah mengeluarkan / mendapatkan Sijil Pengiktirafan Lulus Lencana Keris daripada Kuasa Penganjur atau Pihak PPM Daerah / Negeri.
  • Masalah mendapatkan enrolmen lengkap ahli pengakap di sekolah saya untuk dilaporkan kepada Unit Kokurikulum.
  • Masalah merekodkan pencapaian dan tarikh lulus setiap ahli Pengakap di sekolah saya.
  • Masalah Kad Keahlian Pengakap yang lewat / 'tidak sampai-sampai' walaupun pendaftaran Pengakap telah dibuat lebih dari 3 bulan.
So, pada tahun ini saya telah membangunkan sebuah Sistem Pengurusan Rekod Pengakap atau lebih mudah dikenali dengan singkatan eScout v2.0. Ia lebih bersifat membantu sekolah khususnya Unit Pengakap di sekolah-sekolah bagi menguruskan rekod prestasi setiap ahli Pengakap dengan lebih efisien dan sistematik.

Sistem ini amat mudah, mesra pengguna dan akan sentiasa di tingkat upaya oleh admin berdasarkan komen yang diemailkan. Sistem ini boleh saya katakan menyelesaikan hampir semua masalah saya di atas. Sistem dah ada, hanya bergantung kepada diri dan sikap pemimpin itu sendiri sama ada mahu atau tidak, rajin atau malas untuk menjalankan aktiviti kepengakapan dan merekodkan data prestasi ahli.

Saya telah memberikan sedikit hint pada pihak ibu pejabat berkaitan dengan kemampuan dan hasilan cetakan dan laporan dari sistem ini, syukur semuanya menepati kehendak mereka. Semua cetakan yang dihasilkan adalah selaras dan bertepatan dengan format Ibu Pejabat PPM dan PPM Negeri / Daerah. Meskipun demikian, mungkin ada beberapa elemen yang terlepas pandang. So berilah komen anda dan anda akan diberikan ganti sistem yang baru (Patch system).

Jika ingin kupasan lanjut berkaitan kemampuan sistem ini, silalah klik senarai pautan yang telah disediakan. Ini adalah sistem pertama seumpamanya. Cuba dulu baru tahu.

Seperkara lagi, bagi individu atau pemimpin sekolah yang berpendapat sistem ini tidak berbaloi dan mahal, saya nak bagi sedikit tips ... Tahukah anda, sebenarnya dengan menggunakan sistem eScout ni anda boleh menjana pulangan keuntungan untuk kumpulan Pengakap sekolah anda atau anda ? Kenapa ... Tak Percaya ? ... macam ni, sedia maklum bahawa sistem ini boleh mencetak Tanda Nama Ahli dan pelbagai jenis sijil anugerah lencana. So Tanda Nama yang siap dilaminte bolehlah dikenakan kos kepada Ahli Pengakap anda. Begitu juga dengan Sijil Anugerah Lencana yang dikeluarkan, dengan menggunakan kertas sijil yang dibeli dikedai buku, maybe kos 0.90 sekeping (kalau beli sikit), kalau beli banyak, lagi murah right ? ... so charge la pada Ahli Pengakap anda dengan harga yang berpatutan. Kekadang Ahli Pengakap kita ni kerap terhilang sijil, so setiap cetakan semula, anda bolehlah kenakan charge, tapi sendiri mau ingat, biarlah munasabah, berpatutan dan yang penting sekali, jangan melampau, tengok latar belakang ahli gak, agak-agak la nak buat duit pun ...

Konklusinya, siapa yang beli sistem ini, insya Allah tak rugi sebaliknya balik modal dan menguntungkan. Yang paling penting ini secara tidak langsung akan mencetuskan revolusi pengaktifan pergerakan Pengakap di semua sekolah, betul tak ? cuba-cuba renungkan ... Untung dari banyak segi. Untung senang nak urus unit, untung cetak sijil dan macam-macam lagi la kot. 

Buat Habis Baik.
Sekali Berpengakap, selamanya berpengakap.

MANUAL PENGGUNA eScout ver. 2.0

MANUAL 1 - PEMASANGAN ESCOUT
  1. Muat turun 2 jenis fail setup escout iaitu Plugin_Data dan eScoutvD
  2. Install Plugin_Data terlebih dahulu.
  3. Double click Plugin_Data dan ikuti arahan pemasangan ( just clik next je )
  4. Then install eScoutvD
  5. Double click fail setup eScoutvD dan ikuti arahan pemasangan ( just click next je )
  6. Pada installation yang kedua ni, satu icon bernama Sistem eScout vData akan terhasil di Desktop komputer anda.
  7. Double click icon berkenaan untuk memulakan penggunaan.
  8. Sila ikuti Manual 3 jika anda menggunakan Mc Office 2003 dan Manual 4 jika anda merupakan pengguna Ms Office 2007.
 

MANUAL PENGGUNA eScout ver. 2.0

  • Manual 1 - Pemasangan eScout v2.0
  • Manual 2 - Mengubah setting Regional Setting ( Date Format )
  • Manual 3 - Mengubah setting pada Ms Office Access 2003
  • Manual 4 - Mengubah setting pada Ms Office Access 2007
  • Manual 5 - Kemaskini Maklumat Kumpulan
  • Manual 6 - Kemaskini Maklumat Ahli Biasa
  • Manual 7 - Kemaskini Maklumat Pemimpin
  • Manual 8 - Kemaskini Maklumat Ahli Unit (PKK/PM/PR/PK)
  • Manual 9 - Mencetak Sijil
  • Manual 10 - Mencetak Kad ID Ahli Unit (PKK/PM/PR/PK)
  • Manual 11 - Mencetak Borang Pendaftaran PPM 1A / PPM 1B
  • Manual 12 - Memindah dan mengubahsuai data menggunakan Ms Excell

Pembelian Sistem eScout versi LENGKAP

LANGKAH 1  : BUTIRAN PEMBAYARAN


Lakukan pembayaran berjumlah RM50 ke akaun dibawah menggunakan kaedah Fund Transfer atau ATM Transfer atau Cash Deposit  :

MOHD. HAFIDZUDDIN BIN MOHD. MAAROF
1621 7960 8999

*Anda perlu meletakkan email ushafidz3249@gmail.com sebagai 3rd party email jika membuat pembayaran melalui Maybank2u.

PENTING: Pastikan anda sentiasa menyimpan rekod transaksi (resit jika cash deposit) atau print screen / pdf print butiran transaksi untuk rujukan dikemudian hari.

ARAHAN: Jika anda menggunakan Perbankan Online (Fund Transfer), COPY butiran transaksi anda untuk dikirimkan kepada SAYA.

LANGKAH 2  :  PENGESAHAN BUKTI PEMBAYARAN

Pastikan anda melakukan pengesahan terhadap pembayaran anda. Anda perlu mengirimkan butiran tempahan anda serta bukti pembayaran melalui email (ushafidz3249@gmail.com) kepada SAYA untuk membolehkan SAYA mengesan pembelian anda dan juga menghantar produk yang ditempah.


SEMUA TEMPAHAN PEMBELIAN AKAN DIPROSES DLM 3 HARI BEKERJA. SAYA AKAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN POS EKSPRESS. BAYARAN POS PERCUMA. ANDA AKAN MENDAPAT SATU CD PERISIAN ESCOUT. SAYA TIDAK MENGGUNAKAN KAEDAH EMAIL KERANA UNTUK MENGELAKKAN PENGEDARAN SYSTEM ESCOUT FULL VERSION SECARA HARAM ...

    Senarai Pemohon eScout versi Percubaan

    Permohonan Sistem eScout versi Percubaan

    Kelebihan Sistem eScout

    Sistem eScout dibina bagi menyelesaikan masalah-masalah pengurusan data pencapaian ahli pengakap di sekolah-sekolah di samping menjana cetakan-cetakan tertentu bagi kegunaan sekolah dan ahli pengakap sendiri. Antara kelebihan eScout ialah  :
    • Boleh diintegrasi dengan Sistem Maklumat Murid - SMM
    • Rekod boleh juga dimasukkan tanpa diintegrasikan dengan SMM.
    • Merekodkan semua maklumat penting Pemimpin dari segi profil utama,status tauliah, pangkat, perkhidmatan dalam pergerakan pengakap dan pencapaian Manik Kayu.
    • Merekodkan semua maklumat penting Ahli Biasa dari segi profil utama dan status jawatan disandang.
    • Merekodkan semua maklumat penting ahli pengakap dari segi profil utama, pencapaian dalam Unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan rekod pencapaian Pengakap Raja.
    • Menyediakan kemudahan carian rekod melalui Kad Pengenalan dan Singkatan Nama.
    • Menggunakan kemudahan barcode untuk mempercepatkan carian rekod Ahli Pengakap.
    • Menyediakan kemudahan Export Data ke pemacu pilihan.
    • Menyediakan kemudahan Import Data dari pemacu pilihan.
    • Menyediakan kemudahan Delete Data sekolah pilihan.
    • Menyediakan kemudahan pemindahan rekod pilihan ke Ms Excell untuk sebarang tujuan olahan data.
    • Menyediakan senarai cetakan penting.

    Sistem eScout juga mampu menambah pendapatan Kumpulan Pengakap anda melalui cara  :
    • Setiap Tanda Nama Keahlian yang dicetak dan dilaminate dikenakan kos pengeluaran kepada ahli.
    • Setiap Sijil Lencana yang dicetak kali pertama boleh dikenakan kos pengeluaran kepada ahli.
    • Setiap sijil dan tanda nama yang hilang dan ingin dicetak semula boleh dikenakan kos denda.

    Perhatian : 

    • Ini tidak bermakna pihak PPM di peringkat sekolah / institusi boleh sewenang-wenangnya mengenakan bayaran kepada ahli, bayaran yang dikenakan mestilah berpatutan dan munasabah dan yang paling utama tidak membebankan ahli Pengakap.
    • hasil daripada bayaran ini boleh disimpan bagi tujuan pelaksanaan aktiviti kepengakapan.


    Hasil Cetakan

    • Borang Pendaftaran Kumpulan ( PPM - 1A )
    • Borang Kawalan  ( PPM-1B )
    • Cetakan Senarai Nama Berdasarkan Darjah / Tingkatan pilihan
    • Cetakan Senarai Nama Ahli mengikut Unit ( Menengah - PM / PR )
    • Senarai Lengkap Maklumat Sekawan / Patrol
    • Senarai Nama Pemimpin Kumpulan
    • Tanda Nama Keahlia Pengakap Berbarkod
    • Semua Sijil Lencana Kemahiran dan Kepandaian

    System Requirement

    Berikut adalah spesifikasi keperluan sistem (system requirement) yang perlu ada pada komputer yang ingin digunakan   :
    • Operating System - Windows XP / Vista / Seven
    • Office Application - Office Access 2003, Access 2007, Access 2010
    • CPU - 800 Mhz ke atas
    • Hard Disk Free Space - Minimum 1 Gb ( for smoth running )
    • RAM 512 Mb minimum
    • System eScout size - <> 130 Mb
    • Keyborad / Mouse
    • Barcode Scanner ( optional )
    • Printer


    PERHATIAN PENTING :
    • Bagi pengguna yang menggunakan Access 2007 dan Access 2010, sila ubah suai setting Access anda Advanced Setting > Confirm dan Trust Center Setting.
    • Pastikan anda install printer pada komputer anda. Printer takde tak mengapa. Then jangan lupa set properties printer. Caranya Control Panel > Printer and Faxs > Click current Printer sekali > right click > Properties > Printing Preferences> Page Setup > Paper Size > A4

    Senarai Laporan Masalah / Komen Pengguna

    Help Desk Sistem eScout

    Anda ada masalah ? anda ada cadangan penambahbaikan ? Anda tidak puas hati ? atau apa sahaja ... sila nyatakan... sila lauhkan segalanya di sini. Segala yang dikemukakan akan dihantar terus ke email saya, macam sms la ... so sememangnya saya alert 24/7