Pages

Subscribe:

Kelebihan Sistem eScout

Sistem eScout dibina bagi menyelesaikan masalah-masalah pengurusan data pencapaian ahli pengakap di sekolah-sekolah di samping menjana cetakan-cetakan tertentu bagi kegunaan sekolah dan ahli pengakap sendiri. Antara kelebihan eScout ialah  :
  • Boleh diintegrasi dengan Sistem Maklumat Murid - SMM
  • Rekod boleh juga dimasukkan tanpa diintegrasikan dengan SMM.
  • Merekodkan semua maklumat penting Pemimpin dari segi profil utama,status tauliah, pangkat, perkhidmatan dalam pergerakan pengakap dan pencapaian Manik Kayu.
  • Merekodkan semua maklumat penting Ahli Biasa dari segi profil utama dan status jawatan disandang.
  • Merekodkan semua maklumat penting ahli pengakap dari segi profil utama, pencapaian dalam Unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan rekod pencapaian Pengakap Raja.
  • Menyediakan kemudahan carian rekod melalui Kad Pengenalan dan Singkatan Nama.
  • Menggunakan kemudahan barcode untuk mempercepatkan carian rekod Ahli Pengakap.
  • Menyediakan kemudahan Export Data ke pemacu pilihan.
  • Menyediakan kemudahan Import Data dari pemacu pilihan.
  • Menyediakan kemudahan Delete Data sekolah pilihan.
  • Menyediakan kemudahan pemindahan rekod pilihan ke Ms Excell untuk sebarang tujuan olahan data.
  • Menyediakan senarai cetakan penting.

Sistem eScout juga mampu menambah pendapatan Kumpulan Pengakap anda melalui cara  :
  • Setiap Tanda Nama Keahlian yang dicetak dan dilaminate dikenakan kos pengeluaran kepada ahli.
  • Setiap Sijil Lencana yang dicetak kali pertama boleh dikenakan kos pengeluaran kepada ahli.
  • Setiap sijil dan tanda nama yang hilang dan ingin dicetak semula boleh dikenakan kos denda.

Perhatian : 

  • Ini tidak bermakna pihak PPM di peringkat sekolah / institusi boleh sewenang-wenangnya mengenakan bayaran kepada ahli, bayaran yang dikenakan mestilah berpatutan dan munasabah dan yang paling utama tidak membebankan ahli Pengakap.
  • hasil daripada bayaran ini boleh disimpan bagi tujuan pelaksanaan aktiviti kepengakapan.